Click here for Myspace Layouts

Wednesday, October 14, 2009

Pilihanraya Ketua Pemimpin Pelajar 2009/2010

Buat julungkalinya satu pilihanraya untuk memilih Ketua pemimpin pelajar sesi 2009/2010 telah diadakan pada 29 September 2009 di Dataran Ilmu SMK Undang jelebu. Sesi undian telah diadakn pada awal pagi dan berakhir setengah jam kemudian.
Semua pelajar dan guru telah membuang undi dan keputusannya telah diumumkan dalam jangka terdekat.
Oleh kerana ini merupakan kali pertama SMKUJ mengadakan pilihanraya, maka keadaan pada awalnya adalah tidak sistematik. Pelajar-pelajar dengan tidak sabar-sabar berbaris untuk naik ke pentas bagi membuang undi. Tetapi tindakan guru-guru disiplin yang pantas dengan dibantu oleh pemimpin pelajar SMKUJ, maka keadaan menjadi teratur sepanjang pilinhanraya.

Friday, September 18, 2009

Kempen Pilihanraya Ketua Pemimpin Pelajar 2009/2010

Kempen-kempen yang dilakukan oleh calon-calon ketua pengawas berjalan dengan lancar. Poster-poster calon kelihatan di tampal di tempat-tempat yang strategik untuk dilihat oleh seluruh warga SMKUJ.

Tetapi malangnya ada juga sesetengah pelajar yang melakukan perkara yang tidak menyenangkan pihak sekolah iaitu menconteng poster-poster yang telah dinaikkan. Keadaan ini amatlah menyedihkan kerana ia mencerminkan peribadi pelajar-pelajar SMKUJ.


Pintu Bilik Guru

Kelas-kelas Blok A

Kelas-kelas Blok A

Kelas-kelas Blok A

Pintu Pejabat Am

Kelas-kelas Blok B

Dinding Blok A

Wednesday, September 16, 2009

TEMURAMAH CALON KETUA PENGAWAS SESI 2009/2010

14 September 2009 telah menyaksikan satu kejutan yang baru kepada warga SMKUJ kerana bermulanya kempen bagi pilinharaya untuk memilih Ketua Pemimpin Pelajar bagi sesi 2009/2010.

Calon-calon yang telah dipilih dikehendaki membuat pengucapan awam semasa perhimpunan rasmi hari Isnin. Mereka perlu memberitahu motto mereka serta misi dan visi mereka sekiranya mereka terpiilih sebagai Ketua Pemimpin Pelajar.

PSS UJ juga telah berpeluang menemuramah calon-calon pemimpin tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang harapan mereka sekiranya mereka menjadi Ketua Pemimpin Pelajar.

Hambali bin Zulkipli


Mohd Farouq bin Omar



Tamilarasi a/p Joganathan




Ahmad Shafiq bin Ramli


Fatin Farhana binti Roslin

Monday, September 14, 2009

PILIHANRAYA KETUA PEMIMPIN PELAJAR

Buat pertama kalinya, satu kejutan budaya akan berlaku dalam sesi pemilihan calon ketua pemimpin pelajar SMK UJ pada 28 September 2009 yang akan datang. Lembaga disiplin sekolah telah memutuskan akan mengadakan sesi pemilihan ketua pemimpin pelajar secara pilinhanraya yang akan melibatkan semua warga SMK UJ.

Tujuan pemilihan diadakan adalah bagi memberi peluang kepada warga Undang Jelebu untuk membuat pilihan secara demokratik dan ke arah membiasakan pelajar kepada proses membuat keputusan secara rasional.

Calon-calon yang telah disenarai pendek adalah seperti berikut:

Mohd Farouq bin Omar (4 SI 1)

Ahmad Shafiq bin Ramli (4 SI 1)

Hambali bin Zulkipli (4 SN)

Tamilarasi a/p Joganathan (4 SN)

Fatin Farhana binti Roslin (4 SN)

Kepada semua warga SMKUJ diucapkan
SELAMAT MENGUNDI
TUNAIKANLAH KEWAJIPAN ANDA.

CERAMAH KESEDARAN AKHLAK

Satu ceramah akhlak telah diadakan pada 11 September 2009 di Makmal ICT SMKUJ. Seramai 40 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Usataz Mohd Kamil dari SMK Pasoh 2.


Ceramah ini adalah anjuran Paniti Agama Islam hasil cetusan idea guru-guru agama dan jawatankuasa disiplin.


Menurut Ustaz Zool Hilmi dan Ustazah Sarijah, ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar yang terpilih bagi membentuk disiplin rohani dan jasmani agar dapat membentuk peribadi mulia dan seterusnya dapat membimbing individu ke arah insan cemerlang.

Tuan Pengetua sedang khusyuk mendengar ceramah

Pelajar-pelajar dan guru-guru SMK UJ

Pelajar sedang mendengar dengan sepenuh perhatian

Pelajar-pelajar lelaki yang terlibat


Sunday, September 13, 2009

MINI GOLF SMKUJ

Atas initiatif Tuan Haji Norhashim
b Othman (pengetua) SMKUJ dan dengan usahasama En Norazman Md Amin, En Mohd Ruslan b Hassan, En Zulkefly Ab Ghany dan Ramli Muharam, 2 green telah dimulakan pembinaannya pada 1 Sept 2009. Peringkat awal pembinaan melibatkan proses membina green dan tee off box di tempat dan lokasi yang telah dipilih. Tujuan pembinaan adalah untuk kemudahan ahli-ahli kelab golf untuk membuat latihan disamping ianya sebagai aktiviti riadah guru.


Adalah menjadi harapan Tuan Pengetua agar projek dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin agar dapat ahli-ahli kelab membuat persediaan untuk kejohanan tahun hadapan.

Kawasan Hijau yang landai sesuai untuk padang golf


Kolam Ikan Uj kelihatan di kejauhan

Traktor sedang meratakan kawasan bukit

Antara kawasan yang ditinjau


Sunday, August 16, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK

Satu aktiviti Pertandingan memasak telah dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional pada 12.08.09 (Rabu ). Pertandingan dikategorikan untuk minuman petang dan pelajar dikehendaki menggunakan 'tahu' dan cucur udang sebagai juadah.
Pertandingan dihakimi oleh hakim yang adil lagi bijaksana iaitu Pn Hjh Noor Lailawati dan Pn Siti Zaharah.
Guru-guru dihidangkan dengan hasil pelajar dan semua guru amat berpuashati dengan juadah tersebut.
Rabu depan buat lagi.

GOTONG ROYONG

Pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) yang lalu, satu acara gotong royong Perdana telah diadakan. Menurut Cikgu Zulkefly Ab Ghany selaku penyelaras program, tujuan gotong royong diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada warga UJ tentang amalan pencegahan denggi disamping memupuk semangat kerjasama. Sebelum acara gotong rotong, satu sesi memanaskan badan ( poco-poco ) telah diadakan dan seperti biasa mendapat sambutan yang hebat.
Tidak ketinggalan menyertai poco-poco dan gotong royong ialah Tuan Haji Nor Hashim ( Pengetua ) dan selaku pengamal kepemimpinan transformasional, beliau turut bersama-sama ber poco-poco dengan warga sekolah.
Sesi gotong royong tidak akan lengkap tanpa jamuan makan tengahari yang di sponsor oleh Pn Hjh Norlailawati Nordin ( PK Ko-Kurikulum).
Keseluruhan program adalah positif dan diharap lebih mendapat kerjasama dari semua warga sekolah terutama sekali pekerja-pekerja. Sifat dan sikap kepedulian perlu dipupuk dan disemai dalam kalangan semua warga sekolah kerna tanpa kerjassama semua sekolah tidak akan dapat mencapai misi dan visi yang telah digariskan.

Wednesday, August 12, 2009

PELANCARAN BULAN PATRIOTIK







Pelancaran builan patriotik SMKUJ telah diadakan pada 12 Ogos 2009. Ianya telah dirasmikan oleh Pengetua ( Tn Hj Nor Hashim Othman ) pada pukul 9.00 pagi. Dalam ucapannya beliau mengingatkan semua warga sekolah kepada semangat patriotisme yang semakin lama semakin menurun dalam kalangan warga sekolah terutamanya pelajar. Aktiviti mewarna bendera dan pemberian bendera kepada kelas dan guru juga dijalankan. Pertandingan masakan makanan semasa zaman pendudukan jepun juga telah diadakan. SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



CIKGU MANSOR NAIK PANGKAT

pada 10.Ogos 2009, Cikgu Mansor dengan perasaan sayu hati dan amat hiba telah mengucapkan selamat tinggal kepada semua warga SMKUJ. Ini adalah kerana beliau telah dinaikkan pangkat kejawatan PK Ko-Kurikulum dan telah ditempatkan ke SMK DUMA. Dalam Ucapannya beliau berpesan kepada semua warga UJ terutamanya pelajar tentang pembentukan disiplin yang boleh dibentuk sejak kecil. Sambil bercucuran airmata beliau juga menceritakan tentang kenangan-kenangan manis dan pahit yang telah beliau tempuhi sepanjang 15 tahun beliau berada di SMKUJ. semua warga sekoilah mengucapkan tahniah dan selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Mansor.
Ucapan terakhir
Hu hu hu hu

terima kasih



Sunday, August 2, 2009

STUDYTHON HARAPAN FORM 3 DAN 5




Bagi meransangkan lagi program-program akademik SMK Undang Jelebu, satu program studython bagi pelajar-pelajar harapan PMR dan SPM telah diadakan pada 25 Julai 2009. Seramai 40 pelajar PMR dan 40 Pelajar SPM telah ' berkampung ' disekolah bersama-sama beberapa orang guru dan kaunselor sekolah. Pengisian akademik dan aktiviti riadah telah dijalankan dan dipantau oleh guru. Tn Pengetua juga telah datang untuk bersama-sama melihat perkembangan aktiviti pelajar.


Harapan agar pelajar-pelajar dapat menterjemahkan pengetahuan yang didapati kepada hasil yang dapat membantu diri sendiri khasnya dan sekolah amnya.





PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH - SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009




Sekali lagi SMK Undang Jelebu telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Tarian Sekolah -Sekolah Peringkat Kebangsaan yang telah dilangsungkan di Negeri Kedah Pada 17 - 20. Julai 2009. Bagi menyatakan sokongan satu rombongan ( bas ) yang terdiri dari guru-guru pengiring, YDP PIBG, kroni-kroni dan krew telah bertolak bersama-sama ke Kedah. Walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri namun atas dasar kerjasama dan sokongan fanatik mereka sanggup berbelanja.


Ini adalah merupakan kali keempat pasukan tarian sekolah telah berjaya kePeringkat Kebangsaan. Pelbagai pengalaman telah ditimba dan diharapkan pengalaman-pengalaman tersebut akan dapat diterjemahkan kepada hasil pada satu masa kelak.


Kepada sokongan oleh pihak pengurusan dan sokongan peribadi Tn Hj Nor Hashim, Pn Noor Fauziah Rhan, En Mohd Asri dan Pn Hjh Noor Lailawati ( PK Ko-ku) jawatankuasa Kelab Seni Budaya mengucapkan ribuan terima kasih. Kepada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung juga jutaan terima kasih.


Tahun 2010 kita pi laie.

CERAMAH KESIHATAN H1 N1




Satu sesi ceramah kesihatan tentang wabak H1 N1 telah diadakan pada 17.Julai 2009. Penceramah jemputan ialah Dr Thong dari Pusat Kesihatan Jelebu. Sesi penerangan walaupun ringkas tetapi padat dan pelajar telah didedahkan dengan cara-cara menjaga kesihatan dan cara mengelakkan jangkitan virus.

HARI GURU SEKOLAH




Perayaan Hari Guru Peringkat sekolah telah dilansungkan pada 18 Mei 2009. Pelbagai acara telah dijalankan ini termasuklah ucapan dari Pengarah Pelajaran, Menteri dan lain-lain. Disamping itu, aktiviti sampingan seperti sukan, nyanyian dan pada tahun ini satu acara baru iaitu acara memancing telah diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dan harapan agar tahun depan sambutan Hari Guru tahun hadapan akan menjadi lebih bermakna dan meriah lagi.



Add Image

Wednesday, June 3, 2009

LAWATAN KELAB GURU KE CAMERON HIGHLAND

Satu sesi lawatan ke Cameron Highland telah diadakan pada 30 Mei hingga 01 Jun. Sesi lawatan ini adalah salah satu program Kelab Guru bertujuan untuk memberi pendedahan baru kepada guru dan keluarga masing-masing disamping memberikan dorongan motovasi dalaman dan luaran kepada guru. Hubungan kemanusiaan dalam kerjaya adalah penting untuk di praktikkan dalam organisasi agar organisasi akan lebih mantap dan sempurna. Seramai 40 peserta termasuk staff sokongan ( pemandu ) telah mengikuti sesi lawatan ini. Secara keseluruhan sesi lawatan adalah berjya mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

Tuesday, May 19, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan oleh Kelab Guru dan Unit Bimbingan & Kaunseling pada 01 hingga 03 Mei 2009. Sesi latihan ini telah diadakan di Taman Negara Pahang. Peserta menginap di SMK Jubli Perak Sultan Ahmad Shah. Sesi ceramah Minda Kelas Pertama telah disampaikan oelh En Jamaludin dari PPD Kuala Pilah. Disamping itu aktiviti Canopy Walk, Rapid Shooting dan Jungle Trekking telah diadakan. Keseluruhan program adalah menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada peserta.

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG




Pada 19.mei 2009 satu kursus pembinaan laman blog Pusat Sumber Sekolah telah diadakan di SK Kuala Klawang. Kursus anjuran bersama dengan PKG Kuala Klawang ini bertujuan memberi pendedahan kepada Penyelaras PSS sekolah-sekolah kepada cara-cara pembinaan laman blog untuk Pusat Sumber masing-masing dan boleh diakses oleh semua untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini.

PUSAT SUMBER SEKOLAH

BENDERA NEGERI SEMBILAN