Click here for Myspace Layouts

Sunday, August 16, 2009

GOTONG ROYONG

Pada 15 Ogos 2009 ( Sabtu ) yang lalu, satu acara gotong royong Perdana telah diadakan. Menurut Cikgu Zulkefly Ab Ghany selaku penyelaras program, tujuan gotong royong diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada warga UJ tentang amalan pencegahan denggi disamping memupuk semangat kerjasama. Sebelum acara gotong rotong, satu sesi memanaskan badan ( poco-poco ) telah diadakan dan seperti biasa mendapat sambutan yang hebat.
Tidak ketinggalan menyertai poco-poco dan gotong royong ialah Tuan Haji Nor Hashim ( Pengetua ) dan selaku pengamal kepemimpinan transformasional, beliau turut bersama-sama ber poco-poco dengan warga sekolah.
Sesi gotong royong tidak akan lengkap tanpa jamuan makan tengahari yang di sponsor oleh Pn Hjh Norlailawati Nordin ( PK Ko-Kurikulum).
Keseluruhan program adalah positif dan diharap lebih mendapat kerjasama dari semua warga sekolah terutama sekali pekerja-pekerja. Sifat dan sikap kepedulian perlu dipupuk dan disemai dalam kalangan semua warga sekolah kerna tanpa kerjassama semua sekolah tidak akan dapat mencapai misi dan visi yang telah digariskan.

1 comment:

  1. Tahniah Cikgu Lan berjaya membina blog psssmkuj. Selamat maju jaya. Lapang-lapang datanglah ke blog saya : mysonisauthism.blogspot.com.

    Tkasih.

    ReplyDelete